Foxcave InC
Main | Registration | Login
Friday, 2024-03-29, 7:58 AM
[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Komputer Dan Internet » Internet » Apa itu Forex (Tukaran Pasaran Asing)
Apa itu Forex
rockerDate: Sunday, 2009-05-31, 11:51 PM | Message # 1
Admin
Group: Administrators
Messages: 23
Awards: 1
Reputation: 0
Status: Offline
Tukaran Pasaran Asing

Tukaran Pasaran Asing atau lebih dikenali sebagai – Tukaran Matawang, Tukaran Asing, Forex, FX- tetapi tidak kira apa juga panggilannya, ia hanyalah merupakan dagangan dari satu matawang ke matawang yang lain. Matawang di dagang dalam bentuk pasangan matawang dengan harga berdasarkan tukaran kadar dan sebaran yang dibangunkan oleh peserta pasaran Forex.

Saiz Pasaran Forex
Pasaran FX telah menjadi pasaran kewangan terbesar dunia, dan didagangkan lebih kurang USD 3 trilion sehari. Walau digabungkan bond US dan pasaran ekuiti sekalipun, jumlah keseluruhan harian masih tidak dapat menandingi nilai dagangan pasaran matawang.

Matawang Dagangan lazim
Jumlah dagangan yang diselesaikan setiap hari di pasaran FX menjadikannya sebagai pasaran yang tercair dan paling efisyen. Oleh kerana jumlah magnitud dagangan, adalah mustahil untuk individu atau syarikat untuk mempengaruhi kadar tukaran matawang yang lazim didagangkan di pasaran dagangan terbuka. Tiada seorangpun mempunyai sumber yang diperlukan untuk memanipulasi harga melalui sasaran jualan atau belian di pasaran. Terdapat banyak matawang yang anda boleh dagangkan dan IKOFX menyediakan sehingga enam belas pasangan matawang dan pasaran komoditi emas. Walaubagaimanapun, majoriti pedagang berdagang dengan melibatkan hanya tujuh matawang :

Jualan dan Belian

Belian
Pembelian pasangan matawang menunjukkan pembelian (lunjuran) matawang utama (tapak) dan pembelian (pendekan) harga yang setara dengan matawang kedua (sebutan) untuk membayar tapak matawang. Sebagai contoh, pembelian EUR/USD bermakna anda membeli Euros (EUR) dengan menggunakan US Dollars (USD)

Spekulator membeli pasangan matawang sekiranya beliau percaya terhadap kadar tukaran untuk tapak matawang akan meningkat selari dengan sebutan matawang (iaitu nilai pasangan akan meningkat)

Jualan
Jualan pasangan matawang menunjukkan jualan (pendekan) utama (tapak) matawang dan belian (lunjuran) harga yang setara dengan matawang kedua (sebutan) untuk membayar tapak matawang. Sebagai contoh, belian EUR/USD bermakna anda membeli US Dollars (USD) dengan menggunakan Euros (EUR)

Spekulator menjual pasangan matawang sekiranya beliau percaya terhadap tapak matawang akan menurun selari dengan sebutan matawang, atau sebandingnya, dimana sebutan matawang akan meningkat selari dengan tapak matawang.

Membuat Pesanan
Apabila anda membuat pesanan untuk membeli atau menjual pasangan, anda akan membuat pesanan (atau dikenali sebagai “dagangan bukaan”) untuk anda “bersiap sedia” berdasarkan kadar tukaran pada waktu tersebut. Selepas sahaja anda membuat pesanan, nilai posisi akan menjadi kosong, kerana jumlah nilai tapak matawang adalah lebih atau kurang daripada jumlah sebutan matawang. (jumlahnya akan sedikit negatif kerana sebaran yang terlibat)

Selari dengan peralihan masa dan kadar tukaran, nilai posisi akan berubah kepada keuntungan (atau tidak). Bila anda memilih untuk mengambil keuntungan atau berhenti dengan kerugian pada posisi, anda “tutup” dagangan. Apabila anda menutup dagangan, keuntungan/kerugian dikira daripada perbezaaan diantara kadar tukaran pada masa pembukaan dagangan kepada masa anda menutupnya.

Contoh
Seandainya EUR/USD = 1.5000 dan anda jual 10.000:
• Posisi dasar matawang adalah 10,000 EUR
• Sebutan atau posisi lawanan matawang adalah 10,000*1.5000=15,000.00 USD

Meletakkan Pesanan
Untuk mengambil peluang pergerakan pasaran, anda letakkan pesanan kepada pendekatan antau lunjuran pasangan matawang. Ini akan membuka posisi baru (atau dagangan) yang akan kemudiannya ditutup kepada ambilan keuntungan atau hentian kerugian. Pesanan boleh ditutup secara manual pada bila-bila masa, atau secara automatik dengan pesanan hentian-kerugian atau ambil-keuntungan.

Jenis-jenis pesanan untuk Posisi Baru
Terdapat empat jenis pesanan yang anda boleh letakkan pada bukaan posisi baru (dagangan):

Pesanan Pasaran akan membuka posisi secara segera pada kadar tukaran pasaran.

Had Pesanan akan membuka posisi pada masa tertentu di masa hadapan sekiranya pasangan matawang mencapai tanda aras yang tertentu. Terdapat tarikh luput tertentu apabila, sekiranya tanda aras tidak dicapai, pesanan akan ditutup dan tiada posisi akan dibuka lagi.

Pesanan Ambilan-Keuntungan membuka posisi untuk pembelian (atau jualan) pasangan matawang apabila kadar tukaran mencapai tanda aras tertentu.Pesanan ambilan keuntungan kebiasaannya digunakan untuk mengunci keuntungan.

Sebagai contoh, sekiranya anda melunjurkan USD/JPY pada 118.48 dan percaya yang harganya akan terus meningkat sehingga mencapai 120.00 tetapi tidak yakin apa yang akan berlaku selepas ia mencapai 120.00, meletakkan Ambilan-Keuntungan pada 120.00 akan secara automatiknya menutup posisi anda pada 120 (sekiranya pasaran mencapai kadar tersebut) untuk mengunci keuntungan anda.

Pesanan Henti-Kerugian membuka posisi untuk pembelian (atau jualan) pasangan matawang apabila kadar tukaran mencapai tanda aras tertentu. Pesanan henti kerugian kebiasaannya digunakan untuk menghadkan kerugian dan untuk mengurangkan risiko.

Sebagai contoh, sekiranya anda melunjurkan USD/JPY pada 118.48 dan letakkan Hentian-Kerugian pada 117, posisi anda akan secara automatik ditutup pada 117 dan anda akan dilindungi daripada kejatuhan nilai yang seterusnya.

Pesanan Hentian-Kerugian akan membenarkan anda keselesaan tertentu apabila anda meninggalkan posisi terbuka semasa anda berada jauh dari komputer anda dan tidak aktif mengikuti pasaran.

Perkiraan Margin

Apa itu margin?
Untuk memastikan spekulator dapat membawa risiko didalam kes dimana keputusan posisi pada tahap kerugian, pihak bank atau pengedar kebiasaanya akan memerlukan keselamatan untuk menutup kerugian mereka. Keselamatan ini biasanya dinamakan sebagai margin.

Contoh perkiraan:
Istilah Aset Nilai Net sekarang mewakili nilai account Anda. Terdiri dari saldo account serta semua keuntungan dan kerugian yang berhubungan dengan posisi terbuka. Jika Anda melikuidasi akun dengan menutup seluruh posisi dan penarikan dana Anda semua, maka Nilai Net Aset menunjukkan jumlah yang akan anda peroleh.

Sekiranya anda tidak mempunyai posisi bukaan, Net Asset Value akan menyamakan kepada lebihan akaun anda.(Lebihan Akaun adalah sama dengan kesemua tabungan yang pernah didepositkan kedalam akaun anda, tetapi tanpa tabungan yang pernah dikeluarkan daripada Akaun anda, ubahsuai untuk faedah dan segala keuntungan atau kerugian yang berlaku ketika dagangan)

Sekiranya anda mempunyai bukaan posisi dan melibatkan sedikit penglibatan dengannya. The Net Asset Value akan menyamakannya dengan lebihan akaun anda kepada tambahan/tolakan mana-mana Unrealized P/L.

Unrealized P/L adalah keuntungan atau kerugian yang terdapat didalam posisi bukaan semasa anda. Ia sama dengan keuntungan atau kerugian yang akan terjadi sekiranya kesemua posisi bukaan anda ditutup dengan segera.

Contoh:
Sekiranya akaun anda adalah USD dan anda mempunyai lunjuran 10,000 unit EUR/USD, yang dibeli pada 0.9136, dan pada kadar tukaran semasa pada EUR/USD adalah 0.9125/27, oleh itu posisi tersebut mewakili 10,000 x (0.9125 – 0.9136) = 10,000 x (- 0.0011) = - 11, atau ketidaksedaran kerugian sebanyak $11 USD.

Margin yang diperlukan bergantung kepada pasangan matawang dan taruhan maksimum yang ditentukan untuk akaun anda:

Max. Leverage 100:1 200:1 300:1 400:1 500:1
Margin Requirement: 1% 0.5% 0.33% 0.25% 0.2%
Margin for non-major currency pairs: 1% 0.5% 0.33% 0.25% 0.2%

Kadar Tukaran dan Sebaran

Kadar Tukaran
Kadar Tukaran adalah nombor unit bagi setiap matawang yang diperlukan untuk membeli seunit matawang yang lain, atau nilai matawang lain. Kadar tukaran dipengaruhi situasi semasa dunia dan sentiasa berubah.

Kadar tukaran disebut didalam pasangan matawang. Matawang pertama dinamakan sebagai Matawang asas dan yang kedua dinamakan counter atau sebutan matawang. Sebagai contoh, kadar tukaran disebut untuk EUR/USD akan memberitahu anda berapa banyak USD (sebutan matawang) yang diperlukan untuk anda membeli seunit Euro (matawang asas)

Sekiranya pembelian, kadar tukaran akan menentukan berapa banyak yang anda dapat di kaunter atau sebutan matawang apabila anda menjual satu unit daripada matawang asas tersebut.

Taruhan dan Pertanyaan Harga
IKOFX’s Meta Trader Platform menggunakan cara taruhan/pertanyaan (taruhan/tawaran) untuk sebutan harga. Sebagai contoh, kadar tukaran untuk EUR/USD mungkin memperlihatkan seperti berikut:

• 1.2849/1.2851
• 1.2849 vs 1.2851

Nombor pertama adalah sebutan harga taruhan, atau kadar yang digunakan sekiranya anda menjual matawang. Set seterusnya (selepas dipotong) menunjukkan digit terakhir daripada harga pertanyaan sekiranya anda membeli seunit matawang. Untuk EUR/USD sebagai contoh 1.2849/1.2851:

3-Letter Codes
3-Letter Codes Kadar tukaran matawang selalunya disebut menggunakan International Standards Organization (ISO) abriviasi 3 nombor.

Berikut marupakan diantara kod ISO utama

AUD - Australian Dollar CAD - Canadian Dollar CHF - Swiss Franc
EUR - Euro GBP - Great Britain Pound JPY - Japanese Yen
NZD - New Zealand Dollar USD - U.S. Dollar XAU - Gold

Sebaran
Perbezaan antara taruhan dan harga permintaan dikenali sebagai sebaran. Contoh diatas (EUR/USD pada 1.2849/1.2851), sebarannya adalah .0002 atau 2 pips

Walaupun seunit pip dianggap kecil, pergerakan seunit pip kemana-mana dua arah boleh bertukar kepada keuntungan atau kerugian beribu dolar didalam bank pasaran dalaman.

Pedagang yang bijak menumpukan sepenuh perhatian terhadap sebaran, kerana ianya merupakan kos dagangan.



 
Forum » Komputer Dan Internet » Internet » Apa itu Forex (Tukaran Pasaran Asing)
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:

Copyright MyCorp © 2024
Site managed by uCoz